Saturday, 14 April 2012

APA ITU KOMPUTER?

Definisi Komputer
#//- Mesin elektronik yang dapat menerima data dan arahan, memproses data dan seterusnya menghasilkan maklumat yang berguna kepada pengguna. Juga merupakan gabungan di antara perkakasan dan perisian. Merupakan satu alat elektronik yang digunakan untuk mendapatkan data dan memprosesnya. Satu mesin elektronik yang boleh melakukan operasi aritmetik, logik dan memproses data mengikut set arahan yang diprogramkan.

#//-Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk
menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik, logic
atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara
bersistem.

#//-Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT
Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta perintah
dengan cepat dan tepat dalam sesaat.


















 FUNGSI KOMPUTER






Komputer memerlukan maklumat dan arahan dari pengguna. (INPUT)
Maklumat dan arahan yang diterima akan diproses mengikut aturan logik dan matematik. (PROSES)
Hasil dari pemprosesan maklumat dan arahan keputusan akan ditunjukkan kepada pengguna. (OUTPUT)  

Faedah menggunakan komputer adalah seperti berikut :
a) Menyimpan maklumat yang banyak
b) Memperolehi semula maklumat dengan segera
c) Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
d) Mempunyai banyak jenis aplikasi

??? ^-^  Tahukah anda Otak manusia boleh menyimpan maklumat hampir 125 juta aksara??. Komputer pula boleh menyimpan lebih daripada 125 juta aksara.
1 Aksara = 1 Abjad / 1 Nombor / 1 Simbol



No comments:

Post a Comment